Wednesday, January 23, 2013

ALWAYS (ONLY YOU)...........(with link)

This is the movie yg memperkenalkan So Ji Sub pada I. Dia dh lama berlakon, cuma I x pernah tgk drama/movie dia. Actually, tau pasal cerita ni sbb terjumpa trailer dia kat youtube. Bila tgk trailer rasa mcm best, tp xde rasa nk tgk sbb hero dia mcm x hensem. Pastu terjumpa plak MV utk citer ni. Bila tgk MV tu baru rasa mmg kena tgk citer ni sbb jalan cerita npk menarik. 

Cerita Korea ni lebih lebih realistik berbanding citer melayu yg x habis2 buat hero mesti hensem dan kaya melampau, heroin plak ala2 Cinderella dpt gading bertuah giteww. 



















Poster in Hangul                                                                            Poster in English

Sinopsis
Mengisahkan tentang Cheol-Min (So Ji Sub) seorang bekas peninju yg bekerja part time sebagai penjaga parking dkt satu office ni. Cheol-Min ni mcm x suka berhubung dgn org luar. Masa first day Cheol Min jaga parking, tetiba ada sorang pompuan masuk kat dlm pondok parking dia and start kasi mcm2 barang (seolah2 mcm dh lama kenal). Bila dia tegur, perempuan tu terkejut barulah Cheol Min sedar pompuan tu buta and dia igtkan Cheol Min ni pakcik yg Cheol Min ganti kerja dia. Rupanya, tiap tiap malam pompuan buta ni, Jeong Hwa (Han Hyo Joo) akan tgk drama dgn pakcik tu kat dalam pondok tu. Jeong Hwa terus kuar dr pondok tu bila dia dh salah org, tp bila Cheol Min npk Jeong Hwa berdiri kat luar sambil tgu hujan berehenti, dia kesian n jemput Jeong Hwa tgk drama (trus x jd mamat ni tgk boxing). 

Cheol Min pelik tgk expression Jeong Hwa masa tgh tgk drama. Khusyuk sgt as if mcm dia nampak. Jadi sepajang Jeong Hwa tgk drama, si Cheol Min duk stare awek tu. Dari expression Cheol Min, leh nampak lah dia amaze ngan Jeong Hwa. Jeung Hwa ni sungguhpun buta tp dia positif. character dia bubbly. Walaupun first time kenal ngan si Cheol Min, tp dia borak mcm dh kenal lama. Si Cheol Min senyap je, menjawab pun sepatah sepatah. 
                                   

           Cheol Min tgh stare Jeong Hwa tengok drama. 

Expression Jeong Hwa masa tgk drama.

Ever since that day, hari hari si Cheol Min n tgk drama ngan Jeong Hwa. Mula mula dia mcm akward sbb si Jeong Hwa ni byk tanya, tp lama2 dia faham sbb Jeong Hwa ni x nampak, mesti lah seribu satu soalana dia nk tanya. Satu malam, masa nak balik pas tgk drama, Jeong Hwa ni hampir kena langgar kat dpn pondok parking tu. Dia terjatuh and terseliuh. Cheol Min pun sepantas kilat tolong and siap bawak g klinik lagi. Masa ni dh boleh  tgk yg Cheol Min ni dh start attached ngan Jeong Hwa. Masa on the way blk dr klinik tu diorang baru mcm ice breaking betul2. Masa tgh jln balik tu, Jeong Hwa ni mcm x larat, si Cheol Min siap offer diri dukung lagi. Lepas tu, Jeong Hwa ni mintak tolong check kan kenapa rumah dia naik air (yelah, dia dh la buta tinggal sorang plak tu. Bila air naik dlm rumah x tau nk buat apa). Oleh sebab Cheol Min ni dh byk tolong dia haritu, Jeong Hwa ni pun offer lah tiket konsert suruh Cheol Min ni g ajak kawan. Dgn slow si Cheol Min bgtau dia xde kawan, bila Jeong Hwa ni pelik terus Cheol Min ni ajak Jeong Hwa pergi. Kirana, tu mcm first date diorang la. Jeong Hwa ni eksaited siap g saloon lagi before g konsert. 

Scene masa Cheol Min dukung Jeong Hawa balik.

As usual lah, Jeong Hwa ni walaupun dia x nampak tp dia khusyuk sgt tgk konsert tu and eager nak tau mcm mana rupa penyayi, apa penyayi pakai etc. And sepanjang Jeong Hwa ni khusyuk, si Jeong Min duk stare Jeong Hwa (rasanya masa ni, mamat ni mcm dh start suka Jeong Hwa). After konsert tu, Jeong Hwa ajak si Cheol Min ni gi restaurant favourite dia. Dia cakap dah lama dia x kuar and rasa happy mcm ni. Sepanjang makan tu, si Jeong Hwa ni tanya macam2 soklan, tapi si Cheol Min ni x jawab pun. Then, Jeong Hwa ni rasa maybe dia dh offend Cheol Min and dia terus senyap. So masa hantar Jeong Hwa balik, before Jeong Hwa masuk rumah baru si Cheol Min ni buka mulut n bgtau umur dia n peronality dia. Dia ngaku yg dia mmg x pandai bergaul ngan org, and Jeong Hwa x perlu rasa offended. 

The next day after konsert tu, Jeong Hwa ni kena panggil oleh boss dia masuk bilik pejabat. Kat dalam tu, si boss ni cuba ambik kesempatan kat Jeong Hwa sbb boss dia mmg dh lama syok kat Jeong Hwa. Jeong Hwa rasa disturbed and dia terus blk rumah mlm tu and x singgah pun pondok Cheol Min tgk drama. Cheol Min pelik, tp dia xde lah plak kejar Jeong Hwa.

Beberapa hari lepas tu, Cheol Min ni pergi satu rumah kebajikan utk jumpa dgn satu pakcik and rahib yg besarkan dia. Rahib tu ada kasi hadiah kat Cheol Min and suruh Cheol Min kasi kat girlfriend. Bila rahib tu ckp girlfriend, terus Cheol Min ni teringat Jeong Hwa and malam tu dia terus g rumah Jeong Hwa. Dia sampai je rumah Jeong Hwa, rupanya Jeong Hwa tgh cuba lepaskan diri dari dirogol oleh boss dia. Masa tu Jeong Hwa ni dh teruk kena pukul. Apa lagi, hangin lah si Cheol Min, dia pun belasah boss Jeong Hwa setengah mati. Masa dia tgh berlawan tu, tetiba Jeong Hwa rayu kat Cheol Min, jgn bunuh boss dia. Cheol Min pun lepaskan boss Jeong Hwa n warning, klu sekali lagi dia npk mamat tu kat rumah Jeong Hwa, dia akan bunuh. Cheol Min pun pergi lah nk tenangkan Jeong Hwa, tp tetiba Jeong Hwa mcm frustrated dgn apa dia buat. Jeong Hwa ckp, dia akan dibuang kerja and mcm mana dia nk tampung hidup dia. Cheol Min terus jwb yg dia akan bertanggungjawab. Jeong Hwa ckp, takkan la Cheol Min nk tanggung dia sedangkan diorang xde apa2 hubungan. And dia mintak Cheol Min tinggalkan dia.Cheol Min pun tinggalkan Jeong Hwa n letak hadiah yg dia nk kasi tu atas meja.  After malam tu, hubungan diorang dingin. 

Tapi si Cheol Min dlm diam sentiasa follow Jeong Hwa nk pastikan Jeong Hwa selamat. Jeong Hwa mcm dpt rasa yg dia diekori. Satu hari, tetiba si Jeong Hwa ni terpacak dkt depan pndok Cheol Min. Cheol Min terkejut. Jeong Hwa ckp dia dh htr surat berhenti sbb dia x nak kena tindas. Dia mintak Cheol Min bwk dia pergi satu tempat istimewa bg Cheol Min. Pelik lah mamat tu, pstu Jeong Hwa igtkan Cheol Min, yg Cheol Min dah janji nak bertanggungjwab so at least bwk lah dia g somewhere special. The next day, Cheol Min dtg rumah Jeong Hwa and siap hadiahkan seekor anjing utk jd teman Jeong Hwa. Pastu Cheol Min bwk g tepi tasik. Dia ckp dulu ada rumah anak yatim kat kawasan tu, and dia membesar kat situ. That's the only place memorable to him. Jeong Hwa sgt touched, and dia suruh Cheol Min kutip dua batu. Dia ckp batu2 tu represent diorang. Jung Hwa simpan batu yg represent Cheol Min, and vice versa. Selagi diorang simpan batu tu, seolah2 diorang ada kat sisi each other. Kiranya masa ni diorang dh indirectly declare bercinta.


Scene dkt tepi tasik tempat diorang kutip batu. :D

After that, Cheol Min terus pindah sekali duduk ngan Jeong Hwa and dia start masuk bertanding boxing balik (yelah nak cari duit lebih sbb now dia kan dah ada tanggungan). Dia renovate balik rumah Jeong Hwa supaya jd user friendly utk org buta. Scene masa Cheol Min surprise kan Jeong Hwa pasal renovation dia ni sweet sgt. Perlahan2 dia pimpin Jeong Hwa n tunjuk satu2 apa dia dh repair. Masa diorang duduk kat katil, Jeong Hwa ucap terima kasih kat Cheol Min sbb buat sumer tu utk dia n perlahan2 dia pegang muka Cheol Min dari atas sampai bwh. Jeong Hwa ckp, bila dia pegang muka Cheol Min mcm tu, seolah-olah dia dpt lihat Cheol Min. Cheol Min tersentuh and pastu diorang pun kissing (SPOILER, scene ni sgt sweet). Mmg after that si Cheol Min ni praktis extra hard lah sbb dia mmg dh confirm nk hidup bersama Jeong Hwa. (Scene2 Cheol Min praktis sgt WOW! Body hero SGT HOT)


Scene Jeong Hwa usap muka Cheol Min dari kepala sampai bahu. 




Scene2 sweet Cheol Min-Jeong Hwa

Then masa children's day, Jeong Hwa ajak Cheol Min pergi melawat tempat peringatan mak and ayah dia. Kat situ, dia cerita lah sejarah mcm mana dia boleh buta. Actually, sedikit sebanyak Cheol Min ada masa kejadian Jeong Hwa jadi buta walaupun bkn dia penyebab. Bila Jeong Hwa cerita tu, Cheol Min recall gak ttg masa silam dia yg gelap tu. Macam nak pengsan Cheol Min terkejut dgn citer Jeong Hwa. Malam tu dkt boxing ring, Cheol Min menangis sambil tumbuk punching bag (Dia nangis teresak2 and sgt real, I salute plakon camni). Pastu ada tunjuk scene Cheol Min g jumpa dr yg merawat Jeong Hwa and tanya ada cara x utk pulihkan mata Jeong Hwa. Doktor tu ckp Jeong Hwa kena operate and Cheol Min nekad nak cari duit utk operate mata Jeong Hwa. Mula-mula Jeong Hwa x nak operate sbb dia rasa berdosa kalau mata dia pulih, sbb accident tu dh ragut family dia. Tapi Cheol Min berjaya pujuk Jeong Hwa (pujukan yg sweet dan ikhlas. SPOLIER ALERT)!  Rupanya, utk dptkan duit operate mata Jeong Hwa, Cheol Min ni g register pertandingan boxing haram kat Thailand. Ganjaran mmg besar tp mcm bunuh diri ada gak, sbb melibatkan betting and sindiket. Sebelum dia g Thailand, dia dh siap admitkan Jeong Hwa utk operate. Before operate, Jeong Hwa cakap yg bila dia buka mata, first person dia nk tgk is muka Cheol Min. Dia nak tatap muka Cheol Min 23 jam dlm sehari. Dia suruh Cheol Min janji utk tgu dia sampai habis operation. Cheol Min agree je, padahal mlm tu jugak lah dia fly g Thailand. Dia di arahkan utk guna identity lain and hapuskan segala bukti ttg diri dia kat Korea sbb just in case anythin bad happen org x boleh nk jejak dia or org tersayang dia. Mula2 jurulatih dia marah gila sbb dia setuju masuk competition haram ni, tp bila dia make it clear dia buat utk Jeong Hwa and dia takkan menyesal org x leh cakap apa. Dia siap pesan kat coach dia supaya masukkan advance dia dpt tu dlm buku bank atas nama Jeong Hwa. 


Scene ni before Jeong Hwa masuk operation theatre.

Cheol Min pun pergi la Thailand utk berlawan. Kat sana dia baru dpt tau yg mmg competition ni mmg jenis kalah mati (as if mmg boleh mati betul). Cheol Min berlawan habis habisan, dia macam dh hilang taring sbb dh lebih 5 thn nk berboxing. Tapi maybe dia semangat nk menang n nak balik Korea bwk duit utk Jeong Hwa, dia berjaya dlm competition tu walau sayur gak la sbb lawan dia mcm ala ala kebal giteww. Bila dia dah menang, dia dpt byk duit n sindiket kat Thailand tu suruh Cheol Min jadi messenger utk seludup berlian ke Korea. Sampai kat Korea, sementara tgu org pick up barang from dia, Cheol Min terus telefon hospital tanya ttg operation Jeong Hwa, dia happy bila dpt tau operation sukses. Dlm happy2 tu sekali ada kereta dtg and langgar Cheol Min. Lepas tu ada org tikam Cheol Min n amek semua duit n berlian tu. Dalang yg langgar dia tu is org yg paksa dia join pertandingan haram tu. (mamat ni mmg dh lama dendam kat Cheol Min sbb dia x pernah menang lawan boxing ngan Cheol Min). 

In the other hand, Jeong Hwa bila dh dpt balik eyesight dia, tercari2 mana Cheol Min. Dia pelik and risau kenapa Cheol Min x tunggu dia waktu operation. Dia buat laporan polis tp susah sbb dia xde hubungan ngan Cheol Min, polis mcm x brapa nk layan sgt. Lepas tu pulak dia kena pindah rumah. Masa ni kesian Jeong Hwa, oleh sbb terlalu rindukan Cheol Min dia cuba ukir satu arca muka Cheol Min sbb dia kan suka usap muka Cheol Min. Dia ukir arca tu sambil tutup mata utk igt blk feature2 Cheol Min. Tapi some how, dia stuck some where n masa ni mmg Jeong Hwa breakdown and nanges. 

Pastu scene fast forward 2 years later. Jeong Hwa dah ada bisnes pottery seperti yg Cheol Min inpikan utk dia. Ada client Jeong Hwa minat dia tp dia ckp dia dh kawen. Sambil2 tu, Jeong Hwa buat part time mengurut dkt hospital. One day, dia dtg hospital utk mengurut satu pakcik ni, and kat ward tu ada pesakit baru gak yg perlu diurut. Pesakit tu adalah Cheol Min, tp dia mcm x boleh cakap dh. Pakcik tu bgtau yg Cheol Min baru dipindahkan dari Incheon n dia mmg x pernah bercakap. Masa Jeong Hwa tgh urut belakang Cheol Min, dia terasa spt mcm dejavu, tp bila dia baca nama patient lain, dia x terpikir tu ahjussi dia. Masa tgh urut ni, boleh tgk expression Cheol Min yg terkejut and sedih and sambil thn nangis. Tgn dia plak mcm tgh kuat genggam something. Bila Jeong Hwa beredar dr katil dia, baru dia bukak genggam tgn dia, rupanya dia tgh pegang batu yg dia kutip sama2 dgn Jeong Hwa kat tepi tasik dulu. Kan Jeong Hwa pnh cakap, kalau batu tu sentiasa ada, means that mcm dia ada kat sisi.

Bila Cheol Min discharge, dia terus g kedai Jeong Hwa. Dia tgu bila Jeong Hwa dh kuar, baru dia masuk kedai. So dia nampak ada pokok tuberrose (pokok Sundal malam) kat kedai Jeong Hwa n kura kura dia kat sebelah. Dia pun beli pokok tu sbb masa diorang first time jumpa Jeong Hwa pnh pesan dia supaya jgn lupa siram pokok tu and pokok tu akan kuarkan bau wangi waktu malam. Masa dia tgh jalan kuar dari kedai, tetiba anjing Jeong Hwa yg dia kasi tu dtg serang Cheol Min. Cheol Min panik sbb takut kantoi, dia pun cepat2 nk blah walaupun Jeong Hwa mcm dh cam dia org yg diurut from hospital. Dia just angguk, n terus blah dr situ. Si anjing tu plak x habis2 menyalak non stop. Masa dia tinggalkan Jeong Hwa tu mmg dia terus sedih n nanges lah. Kita tgk pun sedih. Dgn tongkat sbb dia mcm permanent tempang. Jeong Hwa tu pun blk ke kedai sbb anjing dia buat hal. Bila blk kedai, dia terkejut tgk kura2 dia dh hilang. Dia tny partner dia, partner dia ckp x perasan sapa amek. Masa dia tgh tny tu, dia nampak anjing dia x habis menyalak ke arah tempat dia bertembung dgn Cheol Min td. Lepas tu, dia pun tny la partner dia ada x lelaki tempang dtg kedai masa dia xde td. Mamat tu pun jwb ada, n lelaki tu beli tuberrose. Jeong Hwa pun terus keluar lari dr kedai sambil nanges. Mcm org gila la dia lari kehulur ke hilir cr Cheol Min sampai terjelepok tepi tembok. Lepas tu dia terus drive x tau nk tuju kemana, after a while baru dia terpikir nk drive ke tepi tasik. In another scene, mmg tunjuk Cheol Min bwk diri naik bus sambil pegang botol kura kura dia. Sampai tepi tasik, dia lepaskan kura2 tu and pastu gerak ke satu meja kayu. Kat meja kayu tu ada tulisan braille. Masa dia tgh pegang braille tu, tetiba dgr ada org panggil "ahjussi" Jeong Hwa dh ada kat belakang dia. Jeong Hwa tanya kenapa dia mungkir janji? Jeong Hwa kata knp dia biarkan dia tgk muka sendiri spjg 2 thn. PAstu Jeong Hwa pergi dekat terus dia usap muka ahjussi dia. Walau dh ada parut, tp dia tetap usap mcm mana dia slalu usap zaman dia buta. Pastu diorang terus berpeluk lepaskan rindu. N diakhiri oleh monolog dr Cheol Min, "Jeong Hwa ssi, Sararangnida"



Scena masa Cheol Min diserang anjing Jeong Hwa

Scene sedih masa dia lari tinggalkan Jeong Hwa


Jeong Hwa terjelepok after penat lari cari Cheol Min tp x jumpa.


Review:
A MUST WATCH. I watched it twice and it doesn't bores me. Cerita ni dpt good review from Hollywood movie critics, tu sbb terpilih as opening movie Festival Filem Antarabangsa Busan, 2011. Walaupun ia kisah cinta,tapi its not typical. Its more realistik. Hero x digambarkan as handsome prince and heroin pun bkn cinderella dlm ni. 

Essence2 yg diketengahkan dlm ni lebih logic. People with dark past normally mmg lebih suka menyendiri and orang kurang upaya actually mahu berdikari and x suka org kesiankan kat diorang. Diorang actually lead normal life n tak mustahil boleh bercinta dgn org normal. Dan cinta yg ikhlas tu mmg x mengharapkan apa2 return. Jeong Hwa cintakan Cheol Min, dia x kisah pun dia dpt eyesight dia blk or x. Cheol Min pun bila dia tgk Jeong Hwa dh happy, dia  nk Jeong Hwa susah utk jg dia  dah uncapable. 

Dari segi lakonan. All I can say is So Ji Sub is a great actor. Dia boleh buatkan kita kena glue utk tgk dia walaupun watak dia bukan lah org yang handsome, kaya pun tidak, berkarisma and smart apatah lagi. Plus point maybe bentuk badan dia yg tough and athletic. And semua ekspression dia kena je. Bila sedih mmg sedih, bila introvert tu mmg npk introvert. Dia manage to grasp the feel of the character and x over acting. Han Hyo Joo pun sgt sweet dan cantik. Watak perempuan buta yg suka berborak tu very pleasant.Chemistry between those two sgt masuk. They compliment each other dlm masa yg sama tunjukkan bakat lakonan masing2. 

So, i give this movie 7/10





You can watch the full movie here



No comments:

Post a Comment