Friday, February 22, 2013

ATHENA : THE GODDESS OF WAR

wahh dah lama rasanya x update korean drama review. Ok la kali ni nak update genre lain sikit. Action pack and investigation punya genre (special agent ala2 CIA). Tajuk drama adalah Athena. I mmg suka citer2 pasal inteligence agency ni mcm ALIAS gitew.

Promotional Poster

Synopsis & Plot
Cerita ini mengisahkan tentang satu agency khas yg ditubuhkan bawah National Inteligence Service (NIS) korea yang dinamakan National anti-Terrorism Service (NTS). NTS ni ditugaskan untuk melindungi Blue House (similar to White House) dlm program nuclear development yg tgh  dijalankan selain itu menyiasat ttg aktiviti2 pengganas yg sering berlaku. NTS ni diketuai oleh Director Kwon org kepercayaan Blue House yang juga merupakan bekas ketua NIS Black Team.

Director Kwon pun setup team dia. Diketuai oleh hero Lee Jung Woo (Jung Woo Sung). Semua pelik bila director suggest kan Jung Woo lead elite case tp director ada reason tersendiri. Director jugak amek sorang agent from NIS, Han Jae Hee (Lee Ji Ah) yg juga merupakan anak NIS punya boss. And dia juga hire one black ops agent, Yun Hae In without knowing yg Hae In ni actually spy for Athena. Yang lagi best nya, ketua Hae In dkt Athena merangkap abg angkat dia, Son Hyuk (Cha Seung Won) merupakan spy (double agent) utk Athena dlm Asia Region DIS (Departmnt of Inteligence Service) CIA. Top rank lagi, operation director. Jadi operasi NTS untuk melindungi pakar nuklear korea utara selalu gagal sebab adanya tukang sampai info dekat Athena. Tp nk dijadkan citer, xde siapa pun suspek kat Hae In ni kecuali Jae Hee yg  agak suspicious dgn Hae In. Tapi bila dia bgtau Jung Woo, Jung Woo ig dia jealous sbb Jung Woo cube nk ngorat Hae In sbb Jae Hee ni rupanya ex-GF Jung Woo. Diorang breakup sbb Jung Woo lebih pilih job dari dia.

Team Athena ni mmg hebat la, kat semua inteligence organisation diorang ada spy. Diorang pny Modus Operandi (MO) is kalau tertangkap diorang akan bunuh diri dari kena tangkap dan disoal siasat kira macam biar pecah di perut jangan pecah dimulut,

Lee Jung Woo

Han Jae Hee

Yun Hae In

Son Hyuk (Hero jahat plg smart so far) Lakonan and action superb!

Son Hyuk ni ada reason dia jadi jahat and join Athena. Masa dia kecik2 family dia is immigrant korea dkt Los Angeles. N Parents dia mati masa satu riot. Jd dia berdendam dgn both Americans and Korean n dia nak dictate and ada autonomy power. Tapi dia mmg org jahat yg smart. Dia boleh dpt agak bila NTS, NIS or CIA cuba sembunyikan something dari dia. Akal panjang lah. And dlm Athena dia mmg power sbb ia ada team yg mmg setia kat dia n x kan betray dia. Dia x pnh lah get his hand dirty killing people unless terpaksa. 

dlm jahat2 dia ni, hati dia soft sebenarnya especially towards adik angkat dia, Hae In. Dia sanggup sacrifice everything janji Hae In selamat. Ada byk flashback scenes yg touchy (so kena tgk sampai habis). Bila tgk flashback scenes ni kita akan jd kurang marah kat dia. First time ok ada rasa sympathy kat hero jahat sbb lakonan dia berkesan. Bila dia sedih tu mmg npk sincere dia sedih. N sifat caring dia pun mmg betul dia caring bkn buat2. 

Siwon (agen yg pernah trauma tp in the process to overcome trauma dia) Mat Smart yg Daebak.



Masa ni Jae Hee tidur dgn Son Hyuk n Jung Woo tidur dgn Hae In. 




Secara kesuluruhan citer ni mmg pasal terrorism n mcm mana elit agent ni nak tangani. org jahat pun bukan calang2.mmg bijak and canggih. so apa lagi cari lah link dkt gooddrama, daily motion or you tube utk tgk athena ni. sgt berbaloi.



Thursday, February 7, 2013

PERSONAL TASTE

Now, I nak review pasal citer Romantic-Comedy pulak sbb previous entries sumer citer heavy je. Cerita yang dimaksudkan adalah Personal Taste. I tgk cerita ni adalah atas hasutan rakan2 yg suruh tgk Lee Min Ho. (Thanks my chingus, Lee Min Ho mmg berbaloi utk ditengok!) 
Ok, berbalik  kepada drama Personal Taste, drama ni menarik sbb walaupun dia agak typical utk gambarkan mamat handsome (prince charming) terpikat kat simple girl, tp ada isu unik yg menemukan dua org ni, iaitu isu homosexual a.k.a GAY dan architectural design. 


Promotional poster

Lee Min Ho as Jeon Jin Ho

 Son Ye Jin as Park Gae-In

     watak antagonis




Trailer




Sinopis & Plot
Mengisahkan ttg Park Gae-In (Son Ye Jin) merupakan seorang furniture designer. Dia seorang gadis yg selekeh, clumsy, buat keputusan main tangkap muat and kurang keyakinan diri. Dia selalu rasa di gagal ikut jejak bpk dia seorang profesor arkitek terkenal. Park Gae-In ni tinggal kat rumah dia yg digelar Sanggojae. Sanggojae ni merupakan sebuah rumah tradisi korea (hanuk) yg telah diubah suai interior nya dgn concept modern kotemporari. Kerana Sanggojae ni la hero-heroin berjumpa. 

Jeon Jin-Ho (Lee Min Ho) merupakan seorang arkitek muda yg bercita-cita tinggi. Firm dia ada financial problem so dia mmg berusaha keras cari projek yg hi bid. Comapany dia slalu bersaing dgn company Mirae Construction kepunyaan ayah bisnes rival dia Han Chang-Ryul. 

Hero-heroin actually ada incident pertemuan pertama yg lawak. (x blh nk citer, tgk sendiri coz totally hilarious). N Since then, ada lah a few times hero-heroin bertemu secara x sengaja sbb diorang kerja pun same industry.

Ceritanya bermula ttg Gae-In yg ditinggalkan boyfriend dia Chang-Ryul yg dh main kayu tiga dgn kwn baik/ house mate Gae-In sendiri iaitu Kim In-Hee. Gae-In xtau yg diorang berdua ni dh tipu dia selama berbulan2. Dia di dump oleh mamat ni the nite before wedding kwn dia. Dia yg x tau menau ni, pergi lah wedding tu dgn naif nya, sampai2 kat wedding tu npk ex BF dia dgn bestfriend dia kat altar. Mmg sgt kesian la masa ni. Jin Ho merupakan salah sorang wedding guest tu npk lah incident pengantin kantoi dgn Gae-In. Masa ni walaupun strangers, tp dh npk dh hero mcm kesian dgn Gae-In sbb sifat lurus bendul dia. 

X cukup ditipu oleh BF and BFF, kawan baik dia dari zaman universiti pun tipu duit dia. Mamat ni mina dia dr blaja jd dia tau lah Gae-In ni amek loan utk modalkan bisnes furniture dia. So mamat ni amek duit tu konon2 nak buat pelaburan tp kena tipu. Sebabkan loan tu, cagaran dia adalah rumah Gae-In, maknanya heroin mungkin kehilangan Sanggojae. Jd, dia kena selamatkan Sanggojae sebelum bapak dia balik dr London sbb Sanggojae adlh bangunan kesayangan bapak dia. 


Pertemuan pertama Jin Ho and Gae-In

Gae-In yg terkejut kena tipu dgn BF and BFF

Gae-in yg kesedihan ditipu!

Jin Ho pulak kalah bid tender utk satu art museum pada company milik Chang Ryul. So to keep his company afloat dia kena cari satu projek mega utk bayar gaji pekerja, construction dll. Jadi dia nk cuba dptkan tender Mega-Renovation for Dam Art Centre. Ni mmg projek mega and harga beratus billion won, jd kalau company Jin Ho (M-Architecture) dpt mmg jackpot la. Sekali lagi pesaing hebat dia Chang-Ryul nk rebut juga tender ni. Company ayah Chang Ryul dh establish, so diorang berpotensi menang. Jin Ho dpt info yg Director Dam Art Centre tu suka dgn Sanggojae. Ada something about Sanggojae yg menarik minat director tu. Jd, Jin-Ho ni pun suruh lah kwn dia (Sang-Jun)  gi siasat tempat yg bernama Sanggojae tu. 

Jin Ho dpt tau dari Sang Jun yg Sanggojae merupakan rumah org, n org tu adalah Gae-In. Jadi Jin Ho ni pun gi lah melawat Sanggojae dgn harapan nak jumpa dgn tuan rumah n nk cuba masuk n melawat dlm Sanggojae. Masa Jin Ho dtg melawat, si Gae-In ni tgh kejar kawan dia yg tipu duit dia, dia mintak tlg Jin Ho, jd Jin Ho ni pun tlg kejarkan mamat tu. Bila dh dpt tangkap, Gae-In yg baik dan lurus ni siap blanja mamat tu mkn sbb mamat tu npk kurus sgt. Masa tgh kat kedai makan lah Gae-In citer yg maybe dia kena cari roomate utk mengelakkan rumah dia dicagar. Jin-Ho yg ada skali kat dlm kedai tu terdengar lansung dia dpt idea bernas. Sewa bilik kat Sanggojae!. N mamat penipu tu sekali lagi dpt akalkan Gae- In n lepas lari.

Jin Ho pun terus approach Gae-In utk menyewa bilik. Dia ckp dia boleh byr brapa je deposit Gae-In mintak. So Gae-In pun jemput Jin Ho masuk utk diskusi. Masa ni, Sang Jun n kwn baik Gae-In lagi sorang kwn baik Gae-In, Young-Sun ada skali. Mula-mula Gae-In reluctant nk kasi Jin-Ho sewa sbb Jin-Ho ni lelaki, tp disebabkan dia mmg terdesak dia accept. Lagipun dia assume si Jin-Ho ni gay sbb dia pernah ternampak Jin-Ho dgn seorang lelaki (pekerja Jin-Ho, Tae-Hun) dlm keadaan yg meragukan kat hotel. Jd Gae-in ni pun terus anggap si Jin-Ho ni gay and kasi Jin-Ho pindah masuk Sanggojae. 

Ok, inilah kwn Jin Ho yg merangkap PA Jin Ho, Sang Jun. 

Incident ni lah yg buat Gae-In salah sangka terhadap orientation Jin-Ho



Jadi, bermulalah kehidupan Jin Ho sebagai housemate Gae-In di dalam Sanggojae. Antara syarat yg ditetapkan Gae-In adalah no photography or videography allowed inside Sanggojae, jd terpaksala si Jin-Ho lukis setiap architectural design Sanggojae yg dia rasa perlu utk drawing design dia nnt. And bila dia dh pindah masuk baru lah dia tgk sendiri mcm mana org selalu gunakan Gae-In sbb kenaifan dia. Masa ni, si In-Hee pompuan x tau malu tu selamba je nk move in blk ngan Gae-in sbb dia x jadi kawen and ex BF si Gae-In ni mula nak merayu Gae-In. Byk kali gak si Jin-Ho ni ajar Gae-In jgn cepat mengalah n maafkan org, but knowing Gae-In yg lurus n lembut hati especially kat org yg dia dh lama kenal n sayang. From here, dpt tgk yg Jin Ho slowly mula kesian kan Gae-In n offer utk jd kawan Gae-In (eventhough dia still ada hidden agenda dia iaitu nk cari Sanggojae's secret). And for Gae-In after dia kena betray dgn dua org dia plg percaya, bila Jin-Ho si stranger ni byk nasihatkan dia, dia terus rasa Jin-Ho ni BFF baru yg mendiang mak dia utuskan utk jaga dia. Jadi bermulalah kehidupan Gae-In and Jin-Ho as bestfriend. (Scene2 comel alert!) :D

One day tu, Chang-Ryul dtg jumpa Gae-In, konon nak minta maaf la sebab tinggalkan Gae-in and mamat tu ceritakan sume perkara kenapa dulu dia x nak kat Gae-In n boleh betray Gae-In dgn best friend dia. Dia ckp pada dia, dia kawan dgn Gae-In atas dasar kesian sbb Gae-In ni xde kwn lelaki n dia x boleh cintakan Gae-In sbb Gae-In ni perangai dia mcm budak2. Dia x npk a woman pada diri Gae-In. So Gae-In yg sedih dgr statement dari mulut ex BF dia tu mlm tu terus curhat (curahan hati) dkt Jin-Ho and dia mintak Jin-Ho transform dia jd woman (yelah Gay kan makes the best BFF for ladies). Cuma dlm case ni Jin-Ho ni bukan gay cuma dia xtra perfectionist tu org silap faham tu. 


Masa ni si Chang-Ryul baru lepas reveal knp dia x blh suka Gae-In dulu

Gae-In ni kuat minum and slalu mabuk, jd si Jin-Ho ni slalu lah kena carry dia blk. 

Antara aktiviti mission nk tukar Gae-In jd woman

Jin Ho pun setuju jd grooming guru Gae-In sbb dia kesian sgt kat Gae-in ni senang kena tipu. Initially dia tolong Gae-In sbb nk tlg Gae-In boost up self confident. Dia ikhlas kwn ngan Gae-In sbb dia npk sifat lurus Gae-In tu mcm mak dia. Jadi as housemate, dia rasa dia kene protect Gae-In somehow. Gae-In siap suruh Jin Ho tolong dia lagi utk misi balas dendam pd ex BF dia. Masa tgh tlg utk mission balas dendam ni lah dh blh nampak Jin Ho dh start suka Gae-In more than a friend. Sifat-sifat jealous tu dh terserlah tp as usual Jin Ho cover sbb ego. (yelah, dia yg perfectionist tu jatuh cinta pd sloppy girl, mcm agak mustahil utk diterima). 

Gae-In pun dh mula jatuh hati atas kebaikan Jin-Ho. Gae-In ni lembut hati, mmg lah dia senang caer, Jin Ho plak baik dan handsome. Gae-In x confess sbb dia mati-mati igt kan Jin-Ho gay, lagi lah dia rasa mcm x patut dia jatuh hati. Instead of being a nice lady dpn mata Jin-Ho, Gae-In try to be the very best of friend to Jin-Ho sampai x npk pun yg dia dh syok kat Jin-Ho. 

Gae-In setelah di groom oleh Jin-Ho. Jd teman Jin-Ho utk party. 


Masa ni Young-Sun gunakan Gae-In, Jin-Ho dgn anak dia as model bisnes dia. Konsep happy family.








Aktiviti-aktiviti "sahabat" Gae-In dan Jin-Ho.


Dlm perjanjian misi revenge Gae-In, Jin-Ho ckp Gae-In hanya boleh give up atau confess kat ex BF dia bila Jin-Ho ckp "gameover". Stu hari ni, Chang-Ryul ajak Gae-In tgk musical. Si In-Hee pompuan x tau malu tu ajak Jin-Ho sbb dia lama dh syok kat Jin-Ho n dia x caya Jin-Ho gay. (lg satu sbb In-Hee ni mmg suka rampas hak Gae-In....mmg meluat tgk In-Hee ni). Jd bila dh double date tu, both Gae-In and Jin-Ho dh x boleh control sifat jealous masing2. Gae-In pun confess kat Chang-Ryul yg dia layan Chang-Ryul balik utk balas dendam. Jin-Ho terdengar apa yg Gae-In confess terus dtg kat Gae-In and tanya "Is it gameover?" Bila Gae-In mengiakan, tanpa tgu sesaat terus Jin-Ho tarik Gae-In and kiss dgn passionate nya tanpa hiraukan yg Chang-Ryul and In-Hee ada kat situ. Pastu dia terus mengaku yg dia bukan gay. Maka, terjengang lah dua ekor tu dgn muka frust. GAe-In yg msih terkejut dgn pengakuan Jin-Ho dan ciuman hot Jin-Ho x terkata apa. Sepanjang perjalanan dia diam je x respon apa2 bila Jin-Ho tny. 

Tapi as time goes by, Jin-Ho explain and Gae-In blh terima so now the new phase of their life continue. kalau dulu as best friends and housemate but now they are housemate and lover. (SWEET AND ROMANTIC SCENESSSSSSSSSSSSSSSSSS ALERT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!). x nak elaborate lebih2 tgk je la snapshot kat bawah ni..... :)

And bila dia dh jatuh cinta dgn Gae-In, Jin-Ho decide utk keluar dr rumah tu sbb tujuan asal dia masuk rumah tu utk cari rahsia Sanggojae, jd bila dia dh fall in love, dia x nak nnt Gae-In   rasa dipergunakan. But then, one day ada satu worker dia ternampak lukisan Sanggojae kat ofis dia n worker dia ckp actually Sanggojae ada basement. So Jin-Ho ni pun cari lah pintu nak masuk basement tu. Gae-In pun x tau menau ada basement kat rumah dia sbb bapak dia dah kunci. Bila Jin-Ho jumpa basement tu dia find out basement tu dulu mak Gae-In gunakan as working room utk buat furniture. Jin-Ho pun kemaskan blk basement tu so that Gae-In boleh guna later utk buat kerja. Masa dia berkemas tu dia terjumpa satu case isi blue print. Dlm tu ada blue print Sanggojae and blue print original Dam Art Institute yg bpk Gae-In lukis. Jin-Ho simpan blue print tu kat ofis utk reference dia buat drawing. 

In the other hand, mak Jin-Ho x retu hubungan diorang sbb Gae-In ada hubungan dgn Chang-Ryul. (bapak Chang-Ryul pernah betray bpk Jin-Ho) jd mak dia anti sesiapa je yg ada hubungan ngn keluarga dia. Oleh sbb mak dia x restu, Jin-Ho, x jadi blk rumah and continue duduk kat Sanggojae sampai lah one day tu bila bpk Gae-In blk n bila Sang-Jun tersalah submit drawing dkt director Dam Art institute (ni happen in the same day)









                                                         

Di atas adalah scene2 sweet Gae-In and Jin-Ho

Bpk Gae-In plak balik2 terkejut lah ada org dh renovate rumah dia n dh discover basement yg dia dh kunci for more than 20 years. Pastu dpt tau plak anak dia benarkan lelaki duduk dlm rumah dia, and the next day bila dia g jumpa direktor Dam Art institute plak tetiba direktor tunjuk 'drawing' Jin-Ho yg actually merupakan drawing dia 30 thn sudah lagi la dia berapi dgn Jin-Ho. N masa dia tgh buat meeting tu Gae-In ada skali and x lama lepas tu Jin-Ho muncul sbb igt sempat nk amek blk drawing yg kwn dia silap hantar tu. tp terlambat. Bapk Gae-In apa lagi, berapi lah dgn Jin-Ho and tuduh Jin-Ho masuk dlm Sanggojae utk curi design. Si Jin-Ho ni plak x menafikan tuduhan tu, dia diam je n siap ngaku lagi dia mmg gunakan peluang yg Gae-In kasi utk masuk Sanggojae. Apalagi sedih lah Gae-In sbb dia rasa dipergunakan lagi skali dgn org yg dia plg percaya. 

I x nak cerita sampai habis ttg kesudahan cerita ni. adakah Jin-Ho dgn Gae-In berbaik or adakah sebenarnya mmg Jin-Ho mempergunakan Gae-In. You guys tgk lah sendiri baru syok. :)

Penampilan khas Yoon Eun-Hye as ex GF Jin Ho (College sweetheart)



Review
WAJIB NONTON. Sebab utama adalah LEE MIN HO, sbb kedua adalah LEE MIN HO dan sebab ketiga seperti sbb pertama dan kedua. Jalan cerita pun menarik on how ppl gets close base on misunderstanding and mcm mana dua org yg berbeza blh fall for each other base on their differences. And Son Ye Jin berjaya keluar dr typical watak perempuan lembut ayu dan teraniaya dia. Dlm ni mmg dia fashion disastrous ok. mmg klu first time org tgk Son Ye Jin x akan rasa dia lawa pun. Yg plg penting Son Ye Jin x npk mcm kakak pun dibanding dgn Lee Min Ho  (in reality Son Ye Jin tua 5 thn dr Min Ho). 

Jln cerita overall pun menarik sbb ada isu gay and building design yg diketengahkan. Lawak and touching part pun mmg just nice je. X over and X under. Kesimpulannya. ITS A MUST WATCH. LEE MIN HO. HOT GILAAAAA!!!!!!!!!!






Tuesday, February 5, 2013

NEW HEARTTHROB

I couldn't stop myself from writting about this guy. He just captivates me with his masculine look the first second I watch his drama. People hasbeen talking around about him but just recently I manage to watch his drama. The hearthrob I'm talking about is no other than LEE MIN HO. OMG, HE IS HOT...if I know he is this handsome, I will watch his drama few years back. :D 








I think I dont know how to elaborate much on how good looking he is, all you can do is just grab a copy of his drama and witness his hotness yourself. 







Thursday, January 31, 2013

TANDA TANYA "?".............. (with Link)

 Pause jap review drama and movie Korea. Nak review psl movie Indonesia plak. Kenapa saya suka review citer seberang sbb for me they have quite a number of quality movie. Quality kat sini maksudnya yg boleh tyg dkt International Film Festival. Citer melayu mcm jauh dh ketinggalan frankly speaking. 

Film yg I nak review ni controversial sikit sebab genre dia adalh religion. Isu yg cuba diketengahkan dlm filem "?" ni adalah tentang religious pluralisme (kepelbagaian agama). Ia menerangkan bagaimana cara hidup setiap individu yg terdiri dari pelbagai agama dan apakah persepsi dan penerimaan terhadap agama yg lain. The issue is more realistik and lebih dekat dgn rakyat Malaysia yg terdiri dari pelbagai agama. Bagaimana nak kekalkan keharmonian tinggal dalam negara yg multiracial and multi-religion. Its a good story despite they say that it will create controversy. Furthermore, it was directed by Hanung Bramantyo my favourite Indonesian Director. He is the one that directed Ayat ayat Cinta.







Sinopsis & Plot
Film ini mengisahkan tentang kehidupan 3 keluarga yang berlainan agama di Semarang, Jawa Tengah. Menuk (Revalina S Temat) dan Soleh (Reza Rahadian) adalah pasangan suami isteri muslim. Tan Kat Sun (Hengky Sulaeman) dan anaknya Ping Hen @ Hendra (Rio Dewanto) yg buka restoran makanan Cina; dan Rika (Endhita) janda anak satu yg murtad dan menganut katolik setelah bercerai, namun anak Rika, Abi masih dibesarkan sebagai seorang muslim. 

Menuk merupakan seorang muslimah yg saat taat pada agama serta keluarganya. Suaminya, Soleh masih belum menemui pekerjaan jadi Menuk lah yg menyara keluarga. Menuk bekerja di restoran milik Tan Kat Sun yg menyediakan makanan cina dan turut menyajikan  babi. Namun begitu, Tan Kat Sun mengasingkan segala peralatan memasak dan penyajian antara halal dan non halal bg menghormati pekerja serta pelanggannya yg kebanyakkannya terdiri dari kalangan org muslim. Tan Kat Sun juga, menghormati bulan ramadhan dgn menutup kedainya dgn birai ketika beroperasi waktu siang hari serta cuti berniaga selama seminggu waktu aidilfitri bagi membolehkan pekerjanya bercuti. Anak Kat Sun, Ping Hen a.k.a Hendra tidak menyukai cara bapanya menjalankan perniagaan. Dia x faham tentang sikap bapanya. Ping Hen merupakan bekas kekasih Menuk, dan dia seperti berdendam dgn orang Islam sbb Menuk tinggalkan dia dan kawen dgn soleh hanya kerana dia bukan muslim. Rika pula merupakan kawan Menuk yg mengusahakan perniagaan kedai buku keluarganya. Tindakan Rika murtad dan menganut katolik ditentang oleh orang tuanya serta orang keliling. Namun begitu, Rika masih mahukan anaknya Abi dibesarkan sebagai muslim. Malah Rika pastikan anaknya belajar agama dan mengaji dekat masjid serta solat dan puasa. Rika juga berkawan dgn seorang pelakon xtra, Surya (Agus Kuncoro).




Kat Sun yg dah tua mula jatuh sakit. Dia suruh anak dia Ping Hen sambung bisnes dia, tapi Ping Hen x nak ikut cara bapak dia. Dia nak buat restaurant makanan cina yg khas serve babi da nak kasi muslim bekerja. Hal ni yg selalu buatkan bapak dia marah dia. Ping Hen juga selalu bertekak dgn Soleh sbb rebutkan Menuk. Menuk bertambah sedih bila Soleh cakap nak bercerai sbb dia rasa dia  x layak utk Menuk sebab dia x bekerja. Rika pulak stress sebab jiran dan keluarga mengasingkan dia setelah dia murtad. Anak Rika, Abi juga kena tempias pemulauan Rika. Tapi nasib baik boyfren Rika, Surya rajin mengjar and teman Abi blaja agama dekat masjid. Kat gereja plak, ada satu mamat nama Doni yg cuba rebut hati Rika. Surya pulak semakin tertekan sebab dia x dapat kerja.





Soleh dapat kerja dgn Nadhwatul Ulama (NU) sebagai guard ala2 FRU utk jaga keamanan tempat ibadah dan upacara keagamaan. Hubungan dia dgn Menuk pun semakin pulih bila dia mula bekerja. Mula2 Soleh reluctant nak jd pengawal dekat gereja sbb dia takut bertentangan dgn agama tp lama2 dia faham yg Islam juga menuntut keamanan serta kebebasan beragama. Rika pula berjaya dapatkan Surya acting job dgn bayaran tinggi tapi sebagai Jesus utk Easter dgn Krismas. Mula2 Surya x nak sebab takut lari keimanan. Tapi sebabkan dia mmg perlukan duit, dia dapatkan nasihat ustaz tentang hukum agama sekiranya dia terima job tu.Ustaz tu cakap selagi dia x ada niat utk tukar akidah, x apa dia berlakon tp x digalakkan.  Lepas dia amek job tu, Surya ni x putus baca surah Al Ikhlas dan mengaji kat masjid sepanjang malam sambil menangis. Ping Hen pun dah kurang ganggu hubungan Menuk dan Soleh bila Menuk confront dia cakap jgn lepaskan kekesalan diorang 
 x dpt bersama kat suami dia. 

Masa raya, Ping Hen hanya kasi staff muslim dia cuti sehari je. Dia berani amek keputusan ni sbb masa ni bapak dia tgh terlantar sakit. Hal ni juga yg buatkan Soleh bengang sbb bini dia dpt cuti raya sehari je, dh la kerja penat2. So Soleh ni pakat ngan org kampung g serang restoran cina tu utk kasi pengajaran suruh hormat perayaan kaum lain. Tapi masa diorang dtg serang tu kebetulan en Tan Kat Sun tgh bertikam lidah dgn anak dia. Jadi dlm bergelut tu, Soleh terpukul Tan Kat Sun secara x sengaja. Benda ni berlaku dpn Menuk, jadi Menuk mmg frust dgn laki dia sbb Menuk respect bos dia sbb org tua ni baik n jaga kebajikan staff dia yg muslim siap igtkan waktu solat bagai. Lepas kejadian tu, hubungan Menuk-Soleh dingin balik. Akibat dari kena pukul, Tan Kat Sun yg dh mmg sakit teruk tu pun makin kronik, akhirnya mati. Sebelum mati dia pesan kat anak dia supaya jaga bisnes and kebajikan pekerja mcm mana dia jaga selama ni. Ping Hen mcm rasa menyesal sbb memberontak. Masa dia kemas kedai, dia jump buku 99 nama Allah yg dia pernah hadiahkan kat Menuk. Dia mula baca buku tu.

Masa malam krismas, Soleh bertugas jaga gereja. Dalam pada dia buat rondaan, dia jumpa bomb kat dlm gereja. Dia pun nekad amek bom tu dan bawak keluar dari gereja sebelum meletup utk elak ramai org x berdosa mati. Dia berjaya bwk bom tu keluar dari kawasan gereja tapi bom tu meletup dan mengobankan Soleh. Menuk yg ada kat belakang gereja tgh prepare food berlari kedepan bila dgr bunyi bom. Dia terus terpa kat tempat bom tu meletup sbb dia dapat rasa Soleh terkorban. Ping Hen yg tgk kejadian ini mula rasa insaf, x lama lepas tu dia masuk Islam dan modify restoran bapak dia as restoran cina muslim. Rika pulak sudah boleh diterima oleh keluarga dia walaupun dia masih nak menganut katolik. 






Review
My review for this film is more onto general review. I think apa yg director ni cuba sampaikan adalah kebebasan beragama dan setiap individu x kira walau agama apa perlu hormat agama lain dan hormat kepercayaan orang lain. Mmg ada few parts yg tunjuk mcm islam tu radikal tp dia berjaya naikkan blk pandangan org ttg agama Islam apabila Soleh sanggup gadaikan nyawa dia utk selamatkan ratusan nyawa yg x berdosa walaupun berbeza agama. Apa yg dibuat Soleh tu sangat mulia. 

For me Hanung as director berjaya ketengahkan isu tu walaupun ada flaw here and there, tapi cerita ni dibuat bkn main tangkap muat. We can see yg cerita ni dibuat berdasarkan research ttg bagaimana persepsi org ttg kebebasan beragama dan bagaimana utk hidup dalam satu kawasan yg masyarakat terdiri dari pelbagai agama. Dan hampir semua agama menuntut keamanan dlm ajaran agama itu.

Is good to watch a different genre and stories other than love stories. Have a watch. here is the link.